Pages

Wednesday, January 13, 2010

seni silat selendang lima(parit raja)

PERGURUAN SENI SILAT SELENDANG LIMA

SEJARAH

Pada 14/10/2009 bersamaan 25 shawal 1430H menerima izin daripada guru tua Hj Yusuf Bin Salleh untuk mengerakkan pertubuhan seni silat selendang lima di masjid Besar Batu Pahat dan menghadiri upacara mandi sunat oleh dua rakan seperguruan En Sanif Bin Hj Ab Shukur dan En Muhammad Razaleigh Bin Hj Lias.Pada hari itu juga telah dianugerahkan seutas tasbih dan beberapa amalan untuk diamalkan.Pada 15/11/2009 bersamaan 27 Dzulqaedah 1430H pengerusi teknikal pesaka dan setiausaha pesaka telah melawat tempat latihan (Gelanggang utama) di pejabat Pekida Parit Raja.Pada 17/11/2009 bersamaan 29 Dzulqaedah 1430H En M.Razaleigh telah menerima surat pengesahan dari pihak pesaka untuk diberi keizinan untuk kebenaran untuk menjalankan aktiviti perguruan.Pada 26/11/2009 bersamaan 9 Dzulhijjah 1430H doa selamat pembukaan gelanggang oleh guru tua Hj Yusuf Bin Salleh dan bergambar untuk kenang-kenangan.Pada 5/11/2009 bersamaan 17 dzulhijjah 1430H adalah hari yang bersejarah latihan seni silat Selendang Lima (PSSSLM) diadakan di Pejabat Pekida Parit Raja,Batu Pahat,Johor Darul Takzim.






PENGASAS


Perguruan seni silat selendang lima Malaysia(PSSSLM) telah ditubuh dan didaftarkan pada tahun 2009. Pengasas-pengasas utamanya ialah Encik SANIF BIN HJ.ABD SHUKOR dan Encik MUHAMMAD RAZALEIGH BIN HJ.LIAS.Encik SANIF BIN HJ.ABD SHUKOR adalah Pengerusi pertubuhan ini.Encik SANIF BIN HJ.ABD SHUKOR adalah Pengarah Guru-guru dan Jurulatih-jurulatih bagi pertubuhan ini.Pertubuhan ini menggunakan Seni Silat Selendang Lima sebagai mata pelajarannya. Kedua-dua pengasas ini telah mempelajari Seni Silat Selendang lima daripada guru Roslan Bin Abdullah (Perguruan Silat Sendeng Cik Lan) . Seterusnya meneruskan perguruan bersama Guru Khamis Bin Ahmad(Perguruan Buah Pukul),Guru Hj Nasir Bin Hj Yusuf (Perguruan Buah Pukul),Guru Mbah Hj Nawawi Bin Hj Abd Majid (Perguruan Ukiran),Hj Abd Rahman Bin Sarijo (Perguruan Sendeng),Guru Ahmad Othman (Perguruan Rimau Monyet) dan akhir sekali berguru dengan Guru Tua Hj Yusuf Bin Salleh (Perguruan Buah Pukul Mersing) Bermula pada tahun 1984 hingga sekarang di batu Pahat , Johor Darul Takzim.







PERGURUAN SENI SILAT SELENDANG LIMA

Mukadimah

Perguruan seni silat selendang lima adalah gabungan lima aliran permainan persilatan didalam satu perguruan.Antaranya adalah seni silat beladiri ,seni silat pengantin,seni silat tradisi,seni silat olahraga dan seni silat tempor senjata.adat istiadat didalam perguruan seni silat selendang lima adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jakim dan ianya bersesuaian dengan budaya masyarakat melayu.Tenaga pengajar dan ahli yang berlatih didalam seni silat ini berada didalam keadaan sedar tampa ada unsur kurafat ketika latihan dijalankan.Setiap ahli yang telah tamat latihan dan lulus ujian pencapaian akan dianugerahkan selendang merah dan sijil ijazah tamat perguruan .Selendang merah juga adalah pengenalan diri perbezaan antara pesilat yang telah tamat dan lulus latihan perguruan. Setiap ahli yang telah tamat latihan adalah digalakkan untuk sentiasa mengamalkan ilmu yang sedia ada untuk kesihatan diri ,kecergasan dan sentiasa bersiap sedia untuk membela agama,bangsa dan Negara.



TUJUAN

1-Memperkasakan dan memartabatkan seni budaya melayu supaya membangun seiring dengan pembangunan di kawasan parlimen Sri Gading.
2-Merapatkan hubungan silaturahim keseluruhan perguruan ,pejuang seni budaya agar bersama menabur bakti kepada masyarakat bagi mencurah ilmu untuk generasi muda masa hadapan.
3-Mencungkil bakat ,mendidik dan memupuk nilai-nilai murni .
4-Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.
5-Membina kecergasan , fizikal dan mental yang sihat bagi persiapan mempertahankan Agama,bangsa dan tanah air.



MISI
Memimpin dan membentuk ahli-ahli seni silat selendang lima khususnya dan orang Melayu amnya supaya beriman dan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.

VISI
Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Seni Silat selendang lima dan membersihkan segala tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.

MATLAMAT

Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan.
Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu.
Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain.
Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.
Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi apa jua keadaan.


Untuk Sebarng Pertanyaan,Sila Rujuk Alamat DIbawah:

Batu 13 1/4 Jalan Kluang 86400,Parit Raja,Batu Pahat,Johor.

No H/P 016-7142859 @ 0197805906

EN.RAZALEIGH DAN EN.SANIF